Isnin, 7 Mac 2016

"TERBEST" Kari Kepala Ikan!!!

Salam MFR, 

Minggu ni  Bro-koli dan team MFR telah pergi MENGGEGAR kan Restoran ZK, Jalan Kampung Attap...hahahaha, macam gegar vaganza pulak ye! Ok la, kali ni kami telah mencuba hidangan yang begitu digemari oleh rakyat Malaysia, tak kira kaum pasti suka akan menu ni, lain tak bukan... KARI KEPALA IKAN!!!. Restoran ZK, Jalan Kampung Attap ni memang famous dikalangan penggemar kari kepala ikan, tak kira la yang duduk sekitar Kuala Lumpur atau yang datang dari luar Lembah Klang pasti pernah sampai di sini.


Tengok gambar di atas..kalau datang waktu tengah hari confirm kena beratur. Sanggup? hahaha..tepuk dada tanya selera. Restoran ZK menyediakan tempat makan di luar dan dalam restoran, ruang makan berhawa dingin juga disediakan. Nasihat kami, kalau ingin datang secara berkumpulan, elok lah buat tempahan awal supaya tidak tercari-cari meja kosong.


Menu paling istimewa Restoran ZK ini tentulah Kari Kepala Ikan disamping menu-menu biasa kedai Mamak seperti sotong, daging, ikan goreng, ayam goreng dan sebagainya. Harga setiap hidangan adalah mengikut saiz dan harga pasaran. Tapi jangan lupa GST...hihihihi





Jeng! Jeng! Jeng...Ha ni la dia Kari Kepala Ikan yang ditunggu-tunggu...amacam? mengancam tak? hihihihi. Set hidangan lengkap Kari Kepala Ikan ni termasuklah tauhu dan sayur kacang bendi. Bagi kami, kari Restoran ZK ni ada rasa yang tersendiri, rempah yang diadun terasa begitu sempurna dan inilah secret recipe Kari Kepala Ikan Resoran ZK. Kuah kari tidak menggunakan santan dan terasa masam, pedas, masin, manis dan ia satu hidangan yang sempurna. Bagi penggemar kari, inilah tempat yang harus anda cuba.PERCAYALAH....hahaha.

Ikan ikut saiz RM100-RM150

Rasa Kari Kepala Ikan ini bertambah sedap kerana menggunakan ikan segar seperti Ikan Merah dan Ikan Jenahak. Team MFR telah memilih Kepala Ikan Merah dan ternyata ia terasa ikan segar kerana terasa manis ikan tersebut. Tauhu dan sayur kacang bendi yang dicampur bersama kuah kari melengkapkan lagi set hidangan ini dan menyedapkan lagi rasa Kari Kepala Ikan.



Popadom atau papadum ialah sejenis keropok nipis yang berasal dari India. Popadom biasanya dihidangkan sebagai tambahan sajian di India.

Tak lengkap rasanya jika makan nasi kandar jika tanpa papadum..hihihi. Jadi jika makan kari kepala ikan ni kena lah makan dengan papadum baru ada umppp..!!! hahaha

Antara hidangan lain yang boleh anda pilih ialah ayam goreng ZK. Ayamnya digoreng rangup dan mempunyai rasa yang sedap kerana diadun dengan rempah. Team MFR bagi 3 bintang untuk ayam goreng ni kerana isinya lembut dan dimasak dengan sempurna.


Sebelum berpisah, Saksikan dahulu star ratings yang telah kami berikan dibawah ini untuk panduan awal sebelum  berkunjung ke KARI KEPALA IKAN ZK KG ATTAP

=======================
KARI KEPALA IKAN ZK KG ATTAP

Kualiti: (9/10)
Kebersihan: (8/10)
Keselesaan: (7/10)
Kecekapan Masa: (8/10)
Layanan Pelayan: (8/10)
Nilai Untuk Wang: (6/10)




MFR RATINGS: [(4/5)]

========================

Setakat ini dulu review kali ni. Jika ada sebarang pujian atau komen yang membina, Sila beri komen di ruangan bawah ini. 

Akhir kata, Selamat Mencuba !!!

[Reviewed by: bro-koli]













Tiada ulasan:

Catat Ulasan