Jumaat, 19 Februari 2016

"Best Rojak in Kuala Lumpur !", Kata Kedai Itu

Sejauh mana kebenaran tajuk ni ek? Jom baca !



Salam MFR,

Ok, minggu ini team MFR berkunjung ke satu lagi restoran yang menyajikan menu rojak mamak, iaitu Rojak Bellamy di Kuala Lumpur. Selalunya bila dengar je perkataan Bellamy, kita akan ingat ikan bakar, tapi ada satu lagi tarikan yang jarang kita dengar iaitu Rojak Bellamy, walaupun restoran ni sudah wujud sejak tahun 1958 lagi !


Kedai ini terletak di Jalan Bellamy dekat belakang Istana Negara lama. Kalau datang ke sini memang takkan sesat punya, lagi-lagi zaman canggih-manggih sekarang ni. guna 'WAZE' & Google Maps pun boleh. Cenggini Haa !















Ok, kedai ni dibuka seawal jam 7:00 pagi dan tutup pada pukul 6:00 petang. Rata-rata bila team MFR sampai je kedai ni, pelanggan sudah mulai ramai, maklumlah waktu makan tengah hari. Tapi kebanyakkan pelanggan Rojak Bellamy ni terdiri daripada pelanggan yang bekerja tidak jauh dari sini.



REVIEW MENU:

Dari pandangan dan sudut mata kami, rata-rata pelanggan di sini gemar memesan menu Rojak dan Nasi Goreng. Ada yang makan dan ada yang 'tapau' berbongkal-bongkal. Tak cakap banyak, kami terus order, sssiaapp !


ROJAK SOTONG (RM6.00)
Setelah mencuba rojak sotong, menu yang paling famous kat sini, didapati kuahnya memang pekat, tidak ceroi, penuh rasa kuah kacang yang sedap. Ditambah pula dengan menu sotong yang memaniskan lagi hidangan ini. 

Kebanyakan penjual rojak akan membanyakkan timun dan tauhu, namun di sini mereka lebih banyak meletakkan hirisan sengkuang daripada timun. Pendek kata, menu ini memang balance dan cukup rasa, paling WIN di sini !!

Di samping itu, kami juga mencuba menu Nasi Goreng. Rasanya biasa-biasa sahaja dan mungkin sedikit terlebih rasa sos cili yang mungkin menjadi rencah utama dalam masakan. Supnya juga tinggi kandungan MSG, namun menu ini lebih sesuai jika digandingkan bersama ayam goreng panas-panas. Baru ada 'umphh' kata orang.


CENDOL BIASA (RM1.50)
Seterusnya, tak 'komeng'lah kalau makan rojak tak disekalikan dengan cendol kan..? Tapi reviu kali ni agak mengecewakan sedikit. Sebabnya cendol ni terlalu rapuh dan hanya cendol semata-mata yang disediakan. Kalau order cendol special pun hanya ditambah jagung sahaja. 


Kesimpulan:

Jelas sekali di sini bahawa kedai ini hanya menjaga menu utama mereka iaitu rojak, selain daripada itu pada pendapat Team MFR, menu-menu lain dianggap biasa sahaja, namun tak rugi jika ingin mencuba. Dari segi harga, memang sangat berpatutan.

Ok, sekarang jom kita tengok menu-menu lain yang ada di sini, sebab menu di sini boleh di-combine2-kan (gabungjalin), mana tahu mungkin ia akan menjadi menu kegemaran korang nanti lak nanti.

Menu lain:

Rojak Bellamy Biasa: RM3.50
Rojak Mi Sotong : RM6.50
Rojak Mi Ayam : RM7.00
Rojak Mi Ayam + Sotong : RM9.00

Mi Rebus Bellamy : RM4.00
Mi Rebus Ayam : RM7.00
Mi Rebus Sotong : RM6.50
Mi Rebus Ayam + Sotong : RM9.50

Mi Goreng Bellamy: RM3.50
Mi Goreng Ayam : RM6.50
Mi Goreng Sotong : RM6.50
Mi Goreng Ayam + Sotong : RM9.00

Nasi Goreng Biasa: RM3.50
Nasi Goreng Ayam : RM6.50
Nasi Goreng Sotong : RM6.50


Okaylah, sampai sini dulu review kali ni. Jika ada sebarang pujian atau komen yang membina tu bolehlah komen kt bawah nanti. Sebelum berpisah, jom korang lihat dahulu MFR Star Ratings yang telah kami berikan kat bawah ni agar boleh dijadikan panduan awal sebelum korang semua berkunjung ke sini. Akhir kata, Selamat Mencuba !!!

=======================
ROJAK BELLAMY

Kualiti: (8/10)
Kebersihan: (8/10)
Keselesaan: (8/10)
Kecekapan Masa: (8/10)
Layanan Pelayan: (7/10)
Nilai Untuk Wang: (7/10)


ROJAK SOTONG : (7/10)

CENDOL : (4/10)
NASI GORENG BIASA : (3/10)

MFR RATINGS: [3.5/5]

========================


[Reviewed by: Bun))n@na]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan