Nasi Ayam Garing??? Macam menarik je!!!.
Ok la, kali ni Bro-koli nak cerita sikit pasal Nasi Ayam. Sebenarnya, bro pun tak berapa tahu apakah sejarah sebenar Nasi Ayam ni. Mungkin sejarah mengatakan asal-usul nasi ayam adalah daripada negara China, tapi orang Melayu pun pandai masak jugak, macam mana tu? Hahaha, kita kan masyarakat majmuk, jadi tak salah kalau semua kaum pun pandai masak nasi ayam kan. Baiklah, bila bro google di internet baru la bro tahu serba sedikit sejarah asal usul mengenai nasi ayam.
Sebenarnya, masakan nasi ayam ni berasal dari Wilayah Hainan, China, oleh kerana ramainya orang Cina dari suku Hainan yang merantau dan tinggal di Malaysia menyebabkan masakan nasi ayam ini berkembang sehingga menjadikan Nasi Ayam Hainan begitu sinonim dengan masyarakat Malaysia. Itulah serba sedikit sejarah mengenai Nasi Ayam yang bro tahu.
Baiklah, berbalik pada tajuk kita, Congkam Mancongkam. Agak-agak apa yang Mancongkam tu? Ha, tentu la Nasi Ayam Mancongkam@Jalan Gombak. Agak-agak apa la yang mancongkam sangat nasi ayam ni ye. Nak tau? Jom kita TERJAH!!!

Kedai Nasi Ayam Mancongkam ni berkonsep layan diri. Jadi siapa yang nak pesan makanan tu sila lah berurusan di kaunter, dah macam restoran makanan segera pulak kan. Jadi kena la order sendiri, jangan salah order pulak ye.
Antara menu nasi ayam yang popular kat sini ada dua:
1. Nasi Ayam Garing
2. Nasi Ayam Biasa
Menu lain pun banyak jugak, antaranya :
-Nasi Goreng Ayam
-Nasi Goreng Ayam Garing
-Nasi Goreng Hailam
-Nasi Goreng Hailam Garing
-Nasi Goreng 'O'
-Nasi Goreng Hailam 'O'
Mari, mari, mari, ayam sudah sampai, order, order, hihihi. Amacam ada bakat jadi tauke kedai tak. Tu dia ayam mancongkam baru je masak, siap gantung lagi, lapar pulak perut bro tengok ayam ni.
Agak-agak berapa ekor ayam la dalam satu hari boleh habis. Tengok dari segi pelanggan yang datang agak ramai jugak, confirm la berekor-ekor ayam dapat dijual. WANG BESAR, WANG BESAR....hihihi
Ni la Ayam Goreng Garing. Dari segi rasa, ayam dimasak dengan sempurna, tapi bila dah digoreng garing, ayam akan rasa keras dan liat sikit dan jenuh jugak la nak menguyah. Kepada peminat makanan bergoreng, ayam ni memang menepati citarasa anda.

Set Nasi Ayam Garing Mancongkam ni terdiri daripada nasi ayam, ayam garing berserta salad, sup ayam, sos cili dan kicap masin. Set yang lengkap ini berharga RM5.80 tapi tak termasuk GST tau..hihihi. Baiklah bro nak cerita sikit pasal set ni, nasi ayam terasa sedikit sticky macam sticky rice dari Thailand tu, secara keseluruhan nasi dia sedap terasa lembut dan tidak keras. Sup ayam pula lebih terasa stok ayam dan sedikit masin. Bagi bro, nasi ayam ni yang penting sos cilinya, jadi bro hampa sikit la bila rasa sos cilinya kerana ia manis dan tidak terlalu pedas, macam ada sedikit kekurang rencah. Tetapi secara keseluruhan, bro suka Nasi Ayam Garing Mancongkam ni, kerana ia satu set hidangan yang lengkap dan ada rasa yang tersendiri, lain daripada yang lain.
Waktu perniagaan Nasi Ayam Mancongkam ni ialah pada setiap hari dari 10:00 AM hingga 10:00 PM dan tutup pada setiap hari Jumaat minggu kedua dan ketiga.
Alamat: 299, Jalan Gombak, Batu 4 3/4, Gombak, 53000, Kuala Lumpur.
Nombor Telefon : 013-2043789
Sebelum berpisah, Saksikan dahulu star ratings yang telah kami berikan dibawah ini untuk panduan awal sebelum berkunjung ke NASI AYAM MANCONGKAM
=======================
NASI AYAM MANCONGKAM
Kualiti: (5/10)
Kebersihan: (5/10)
Keselesaan: (5/10)
Kecekapan Masa: (5/10)
Layanan Pelayan: (5/10)
Nilai Untuk Wang: (5/10)
MFR RATINGS: [(3/5)]
========================
Setakat ini dulu review kali ni. Jika ada sebarang pujian atau komen yang membina, Sila beri komen di ruangan bawah ini.
Akhir kata, Selamat Mencuba !!!
[Reviewed by: bro-koli]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan