Jumaat, 19 Februari 2016

"Best Rojak in Kuala Lumpur !", Kata Kedai Itu

Sejauh mana kebenaran tajuk ni ek? Jom baca !



Salam MFR,

Ok, minggu ini team MFR berkunjung ke satu lagi restoran yang menyajikan menu rojak mamak, iaitu Rojak Bellamy di Kuala Lumpur. Selalunya bila dengar je perkataan Bellamy, kita akan ingat ikan bakar, tapi ada satu lagi tarikan yang jarang kita dengar iaitu Rojak Bellamy, walaupun restoran ni sudah wujud sejak tahun 1958 lagi !


Kedai ini terletak di Jalan Bellamy dekat belakang Istana Negara lama. Kalau datang ke sini memang takkan sesat punya, lagi-lagi zaman canggih-manggih sekarang ni. guna 'WAZE' & Google Maps pun boleh. Cenggini Haa !















Ok, kedai ni dibuka seawal jam 7:00 pagi dan tutup pada pukul 6:00 petang. Rata-rata bila team MFR sampai je kedai ni, pelanggan sudah mulai ramai, maklumlah waktu makan tengah hari. Tapi kebanyakkan pelanggan Rojak Bellamy ni terdiri daripada pelanggan yang bekerja tidak jauh dari sini.



REVIEW MENU:

Dari pandangan dan sudut mata kami, rata-rata pelanggan di sini gemar memesan menu Rojak dan Nasi Goreng. Ada yang makan dan ada yang 'tapau' berbongkal-bongkal. Tak cakap banyak, kami terus order, sssiaapp !


ROJAK SOTONG (RM6.00)
Setelah mencuba rojak sotong, menu yang paling famous kat sini, didapati kuahnya memang pekat, tidak ceroi, penuh rasa kuah kacang yang sedap. Ditambah pula dengan menu sotong yang memaniskan lagi hidangan ini. 

Kebanyakan penjual rojak akan membanyakkan timun dan tauhu, namun di sini mereka lebih banyak meletakkan hirisan sengkuang daripada timun. Pendek kata, menu ini memang balance dan cukup rasa, paling WIN di sini !!

Di samping itu, kami juga mencuba menu Nasi Goreng. Rasanya biasa-biasa sahaja dan mungkin sedikit terlebih rasa sos cili yang mungkin menjadi rencah utama dalam masakan. Supnya juga tinggi kandungan MSG, namun menu ini lebih sesuai jika digandingkan bersama ayam goreng panas-panas. Baru ada 'umphh' kata orang.


CENDOL BIASA (RM1.50)
Seterusnya, tak 'komeng'lah kalau makan rojak tak disekalikan dengan cendol kan..? Tapi reviu kali ni agak mengecewakan sedikit. Sebabnya cendol ni terlalu rapuh dan hanya cendol semata-mata yang disediakan. Kalau order cendol special pun hanya ditambah jagung sahaja. 


Kesimpulan:

Jelas sekali di sini bahawa kedai ini hanya menjaga menu utama mereka iaitu rojak, selain daripada itu pada pendapat Team MFR, menu-menu lain dianggap biasa sahaja, namun tak rugi jika ingin mencuba. Dari segi harga, memang sangat berpatutan.

Ok, sekarang jom kita tengok menu-menu lain yang ada di sini, sebab menu di sini boleh di-combine2-kan (gabungjalin), mana tahu mungkin ia akan menjadi menu kegemaran korang nanti lak nanti.

Menu lain:

Rojak Bellamy Biasa: RM3.50
Rojak Mi Sotong : RM6.50
Rojak Mi Ayam : RM7.00
Rojak Mi Ayam + Sotong : RM9.00

Mi Rebus Bellamy : RM4.00
Mi Rebus Ayam : RM7.00
Mi Rebus Sotong : RM6.50
Mi Rebus Ayam + Sotong : RM9.50

Mi Goreng Bellamy: RM3.50
Mi Goreng Ayam : RM6.50
Mi Goreng Sotong : RM6.50
Mi Goreng Ayam + Sotong : RM9.00

Nasi Goreng Biasa: RM3.50
Nasi Goreng Ayam : RM6.50
Nasi Goreng Sotong : RM6.50


Okaylah, sampai sini dulu review kali ni. Jika ada sebarang pujian atau komen yang membina tu bolehlah komen kt bawah nanti. Sebelum berpisah, jom korang lihat dahulu MFR Star Ratings yang telah kami berikan kat bawah ni agar boleh dijadikan panduan awal sebelum korang semua berkunjung ke sini. Akhir kata, Selamat Mencuba !!!

=======================
ROJAK BELLAMY

Kualiti: (8/10)
Kebersihan: (8/10)
Keselesaan: (8/10)
Kecekapan Masa: (8/10)
Layanan Pelayan: (7/10)
Nilai Untuk Wang: (7/10)


ROJAK SOTONG : (7/10)

CENDOL : (4/10)
NASI GORENG BIASA : (3/10)

MFR RATINGS: [3.5/5]

========================


[Reviewed by: Bun))n@na]

Jumaat, 12 Februari 2016

CONGKAM MANCONGKAM

Nasi Ayam Garing??? Macam menarik je!!!. 

Ok la, kali ni Bro-koli nak cerita sikit pasal Nasi Ayam. Sebenarnya, bro pun tak berapa tahu apakah sejarah sebenar Nasi Ayam ni. Mungkin sejarah mengatakan asal-usul nasi ayam adalah daripada negara China, tapi orang Melayu pun pandai masak jugak, macam mana tu? Hahaha, kita kan masyarakat majmuk, jadi tak salah kalau semua kaum pun pandai masak nasi ayam kan. Baiklah, bila bro google di internet baru la bro tahu serba sedikit sejarah asal usul mengenai nasi ayam. 

Sebenarnya, masakan nasi ayam ni berasal dari Wilayah Hainan, China, oleh kerana ramainya orang Cina dari suku Hainan yang merantau dan tinggal di Malaysia menyebabkan masakan nasi ayam ini berkembang sehingga menjadikan Nasi Ayam Hainan begitu sinonim dengan masyarakat Malaysia. Itulah serba sedikit sejarah mengenai Nasi Ayam yang bro tahu.

Baiklah, berbalik pada tajuk kita, Congkam Mancongkam. Agak-agak apa yang Mancongkam tu? Ha, tentu la Nasi Ayam Mancongkam@Jalan Gombak. Agak-agak apa la yang mancongkam sangat nasi ayam ni ye. Nak tau? Jom kita TERJAH!!!




Kedai Nasi Ayam Mancongkam ni berkonsep layan diri. Jadi siapa yang nak pesan makanan tu sila lah berurusan di kaunter, dah macam restoran makanan segera pulak kan. Jadi kena la order sendiri, jangan salah order pulak ye.

Antara menu nasi ayam yang popular kat sini ada dua:

1. Nasi Ayam Garing
2. Nasi Ayam Biasa

Menu lain pun banyak jugak, antaranya :

-Nasi Goreng Ayam
-Nasi Goreng Ayam Garing
-Nasi Goreng Hailam
-Nasi Goreng Hailam Garing
-Nasi Goreng 'O'
-Nasi Goreng Hailam 'O'


Mari, mari, mari, ayam sudah sampai, order, order, hihihi. Amacam ada bakat jadi tauke kedai tak. Tu dia ayam mancongkam baru je masak, siap gantung lagi, lapar pulak perut bro tengok ayam ni.

Agak-agak berapa ekor ayam la dalam satu hari boleh habis. Tengok dari segi pelanggan yang datang agak ramai jugak, confirm la berekor-ekor ayam dapat dijual. WANG BESAR, WANG BESAR....hihihi



Ni la Ayam Goreng Garing. Dari segi rasa, ayam dimasak dengan sempurna, tapi bila dah digoreng garing, ayam akan rasa keras dan liat sikit dan jenuh jugak la nak menguyah. Kepada peminat makanan bergoreng, ayam ni memang menepati citarasa anda.



Set Nasi Ayam Garing Mancongkam ni terdiri daripada nasi ayam, ayam garing berserta salad, sup ayam, sos cili dan kicap masin. Set yang lengkap ini berharga RM5.80 tapi tak termasuk GST tau..hihihi. Baiklah bro nak cerita sikit pasal set ni, nasi ayam terasa sedikit sticky macam sticky rice dari Thailand tu, secara keseluruhan nasi dia sedap terasa lembut dan tidak keras. Sup ayam pula lebih terasa stok ayam dan sedikit masin. Bagi bro, nasi ayam ni yang penting sos cilinya, jadi bro hampa sikit la bila rasa sos cilinya kerana ia manis dan tidak terlalu pedas, macam ada sedikit kekurang rencah. Tetapi secara keseluruhan, bro suka Nasi Ayam Garing Mancongkam ni, kerana ia satu set hidangan yang lengkap dan ada rasa yang tersendiri, lain daripada yang lain.


Waktu perniagaan Nasi Ayam Mancongkam ni ialah pada setiap hari dari 10:00 AM hingga 10:00 PM dan tutup pada setiap hari Jumaat minggu kedua dan ketiga.

Alamat: 299, Jalan Gombak, Batu 4 3/4, Gombak, 53000, Kuala Lumpur.
Nombor Telefon : 013-2043789

Sebelum berpisah, Saksikan dahulu star ratings yang telah kami berikan dibawah ini untuk panduan awal sebelum  berkunjung ke NASI AYAM MANCONGKAM

=======================
NASI AYAM MANCONGKAM

Kualiti: (5/10)
Kebersihan: (5/10)
Keselesaan: (5/10)
Kecekapan Masa: (5/10)
Layanan Pelayan: (5/10)
Nilai Untuk Wang: (5/10)




MFR RATINGS: [(3/5)]

========================

Setakat ini dulu review kali ni. Jika ada sebarang pujian atau komen yang membina, Sila beri komen di ruangan bawah ini. 

Akhir kata, Selamat Mencuba !!!

[Reviewed by: bro-koli]

Rabu, 10 Februari 2016

SIRI PENGEMBARAAN : 786 ANTARA DUA RASA



TUJUH LAPAN ENAM ROJAK 

Salam MFR,


Untuk paparan kali ini, team MFR berkesempatan menerjah ke satu destinasi hidangan jalanan yang amat terkenal dan dikenali oleh seluruh rakyat Malaysia iaitu Rojak. Tinjauan kali ini  di 786 Ali Rojak, Jalan Pantai Dalam, Kuala Lumpur


SEJARAH


Rojak adalah sejenis salad masyarakat India Malaysia yang terdiri daripada timun yang dimayang, bawang, Ubi Kentang, Tauhu, Taugeh, Udang Kering, Sotong dan bermacam-macam lagi isi kandungan yang digaul bersama didalam satu hidangan.  Istilah Rojak itu sendiri bermaksud "mencampur aduk". Rojak dihidang bersama kuah kacang manis berempah, Kuahnya hampir sama seperti kuah Gado-gado ataupun kuah Sate.

Di bahagian utara semenanjung Malaysia, Rojak lebih dikenali sebagai "Pasembur".  Ia biasanya dikaitkan dengan Pulau Pinang, dimana Pasembur terbaik boleh didapati di sepanjang Jalan Gurney atau lebih dikenali sebagai "Padang Kota".  Di bahagian lain di Malaysia, Istilah "Rojak Mamak" lebih biasa digunakan.  Pasembur dan Rojak juga dijual di Singapura sebagai campuran Ubi Kentang, Telur, Tauhu dan Udang Kering dihidang bersama dengan Kuah Kacang manis pedas.

Rojak biasanya dimakan di waktu petang, satu hidangan yang mengenyangkan dan boleh menjadi diet makanan berasaskan sayuran jika tidak dicampur dengan pilihan makanan yang berasaskan daging.  Hidangan Rojak menjadi tidak lengkap jika tidak dinikmati bersama pasangannya iaitu "Cendol" yang disediakan dingin bersama Kacang merah, Jagung, Cendol berserta Ais kisar yang diparut halus. Cendol Pulut adalah kombinasi terbaik sebagai hidangan pelengkap Rojak

Secara tradisinya, Penjaja Rojak ini dimonopoli oleh masyarakat India Muslim yang menjual di gerai dan motorsikal sebagai kaunter penyediaan dan jualan mereka.  Kini, Rojak boleh didapati di galeri Makan di pusat membeli belah terkenal dan perniagaan Rojak ini sudah mula ditembusi oleh masyarakat Melayu dan Cina di Malaysia.  Walaupun begitu, Rojak buatan penjaja asli Rojak masih tidak dapat ditandingi dan mendapat tempat yang utama dihati penggemar Rojak di Malaysia 



786 ALI ROJAK, JALAN PANTAI DALAM, KUALA LUMPUR


Terletak diantara bahu jalan persimpangan Lebuhraya NPE dan susur jalan desa Kampung Pantai Dalam ini bertapak sebuah gerai bergerak milik penjaja jalanan yang menjual Rojak sebagai punca rezekinya. berkongsi tapak niaga bersama-sama pengusaha kedai makanan tomyam, pusat mencuci kenderaan dan kedai menjual buah-buahan menjadikan gerai Rojak ini sebagai pusat tumpuan masyarakat setempat dan para eksekutif pejabat sebagai tempat persinggahan Rojak dan Cendol utama mereka.

PERINGATAN : Sekiranya anda seorang yang mementingkan gaya dan persembahan. Ternyata tempat ini bukan dikhaskan untuk anda.  Ini adalah lokasi Peniaga Jalanan dan cara hidangannya sedikit Ekstrem dan Eksotik.  Amat tidak sesuai bagi mereka yang mementingkan status dan Ego.



Gerai ini menawarkan empat (4) jenis hidangan Rojak dan dua (2) jenis hidangan Cendol. Harga bagi setiap hidangan adalah berbeza mengikut jenis dan selera anda. Untuk reviews kali ini, team MFR mencuba hidangan popular yang sering dinikmati oleh pengunjung tetap gerai ini. Hidangan yang dipilih adalah Rojak Biasa dan Cendol Pulut.

Harga bagi sepinggan Rojak Biasa adalah RM 4.50
Harga bagi Semangkuk Cendol Pulut adalah RM 2.50

RM 7.00 bagi sepinggan Rojak dan semangkuk Cendol Pulut boleh dikatakan sebagai masuk akal untuk satu hidangan yang lengkap.







PENGADILAN TUNAS RASA


ROJAK BIASA (RM4.50)

Satu diet hidangan berasaskan sayuran yang lengkap. Mempunyai tesktur dan rasa yang biasa. Kuah Rojak yang cukup rasa manis dan pedas tetapi isi kacang amat kurang dan sedikit cair. Campuran Rojak terdiri daripada Sengkuang, Timun, Telur, Tauhu dan Kek Kelapa goreng. 

Keseluruhannya, Hidangan ini adalah "Biasa-Biasa sahaja", boleh dimakan dan kandungan portion bagi sepinggan Rojak ini cukup mengenyangkan perut anda. Tiada yang istimewa pada hidangan ini, ianya hanya satu hidangan Rojak Jalanan biasa.









                                                                         CENDOL PULUT (RM2.50)

Cendol Pulut ini adalah satu hidangan dingin yang cukup menyegarkan. Berbeza dengan pasangannya sang Rojak Biasa. Cendol Pulut ini membangkitkan Tunas Rasa dengan kemanisan Gula Merah disulam dengan rasa lemak Santan yang cukup sempurna diadun bersama-sama Jagung Manis, Kacang Merah, Cendol serta parutan halus Ais yang mendinginkan berserta segenggam Pulut Manis yang dicampur bersama, pasti ianya akan membangkitkan deria rasa lidah anda.  

Keseluruhannya, Hidangan dingin ini adalah yang TERBAIK pernah dihasilkan oleh pemilik gerai ini. Tidak hairan mengapa ramai yang datang singgah hanya semata-mata untuk menikmati semangkuk Cendol ciptaannya. 



Untuk 786 ALI ROJAK, Cendol anda adalah yang TERBAIK diantara kesemua menu yang ditawarkan. Pastinya MFR akan kembali lagi untuk menikmati hidangan Cendol yang MENYEGARKAN tetapi TIDAK bagi hidangan Rojak anda. 




Sebelum berpisah, Saksikan dahulu star ratings yang telah kami berikan dibawah ini untuk  panduan awal sebelum  berkunjung ke 786 ALI ROJAK

=======================
786 ALI ROJAK

Kualiti: (6/10)
Kebersihan: (6/10)
Keselesaan: (6/10)
Kecekapan Masa: (6/10)
Layanan Pelayan: (6/10)
Nilai Untuk Wang: (6/10)

ROJAK BIASA : (5/10)
CENDOL PULUT : (7.5/10)

MFR RATINGS: [(3/5)]

========================

Setakat ini dulu review kali ni. Jika ada sebarang pujian atau komen yang membina, Sila beri komen di ruangan bawah ini. 

Akhir kata, Selamat Mencuba !!!

[Reviewed by: beRge ]

Jumaat, 5 Februari 2016

RASA SAKURA SEDINGIN SALJU DI SUSHI ZANMAI




Salam MFR,


Minggu lalu, team MFR berkesempatan merasai dan mengalami pengalaman hidangan masyarakat Jepun yang amat popular di kalangan penggemar Sang Salmon dan Si Rumpai Laut iaitu SUSHI. Tinjauan review kali ini adalah di Restoran Jepun Sushi Zanmai bertempat di The Gardens, Kuala Lumpur.

DOJO

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam Dojo ini, suasana seperti berada di Jepun sedikit sebanyak terasa di benak hati, walaupun para penyambut tetamu adalah terdiri daripada pekerja tempatan dan rata-rata mereka menyambut para pelanggan dengan budaya dan tatasusila Sang Matahari terbit. 

Dekorasi dan hiasan dalaman cukup mesra pelanggan dan amat menyenangkan disertai dengan laluan deretan keretapi Sushi pelbagai gerabak yang berwarna warni sedikit sebanyak membangkitkan deria rasa dan keinginan untuk mencuba hidangan para penggemar tegar Sakura.

didalam review kali ini, Team MFR sempat mencuba 11 jenis sushi. 


Ini adalah gajet (Tools) yang diperlukan untuk berinteraksi dengan sushi itu nanti. Sebelah kiri tu WASABI, sape yang selesema atau tak tahan pedas tu janganlah ambil banyak2. Kalau X pandai guna chopstick, boleh mintak sudu kat waiter, tapi tak 'komeng' lah nak jd mcm org Jepun kan? 

Lepastu kat situ ada 2 jenis sos, satu sos masin & sos manis, pandai2 la mix ikut taste sendiri okay..? Tisu basah tu harganya RM0.20 satu, lg murah drpd tisu biasa yang orang2 minta sedekah tu jual RM1.




Harga ikut warna pinggan


Ok. Gambar di atas adalah senarai harga sushi di 'conveyer-belt' mengikut warna pinggan. Contoh, jika saya mengambil sepinggan sushi 'Kappa Maki' yang pinggannya bewarna kuning cair, maka harganya adalah RM2.80. Selalunya kita akan menganggap lebih mahal harga sepinggan maka rasanya akan lebih sedap, tapi tak semuanya sebegitu. 

Kalau tak percaya, nanti kami 'reveal' sushi yang paling 'win' sekali di sini dan jangan terkejut bila dah tau harganya nanti..hahaha.!


Sedikit tips untuk mereka yang baharu hendak berjinak-jinak dengan sushi ini, dinasihatkan agar mencuba sushi yang paling kurang menggunakan isi (toppings) segar seperti ikan Salmon, Udang, Sotong dan Jellyfish.  Biasakan dahulu dengan sushi yang berintikan Timun, Telur dan Isi Ketam yang mana kandungan sushi tersebut adalah boleh dimakan secara terus tanpa masak.


Untuk mengelakkan dari anda terus menolak sushi yang anda makan, disarankan beberapa tips untuk memudahkan anda menikmati hidangan sushi ini secara berperingkat.


  1. Makan sushi yang berasaskan sayuran. elakkan makan bersama kicap dan wasabi.  Biasakan tunas rasa anda dengan Tekstur, Bau dan Rasa sushi tersebut.
  2. Jika tunas rasa anda sudah mula menerima Tekstur, Bau dan Rasa sushi, cuba untuk mencuba makan dengan mencelupkan sedikit kicap soya atau manis di sekeliling sushi anda.  Rasakan kemasinan dan kemanisan kicap bersama sushi yang anda makan, pastinya satu pengalaman yang berbeza dilalui oleh tunas rasa anda.
  3. Sekiranya anda melepasi tahap kedua, pastinya tunas rasa anda bersedia untuk merasai keunikan wasabi. Cuba letakkan sedikit wasabi diatas sushi anda. Rasakan ketajaman unik wasabi berserta kemasinan dan kemanisan kicap bersama sushi yang anda makan. Pastinya tunas rasa anda akan menikmati satu pengalaman yang berbeza.
  4. Tahniah, Anda berjaya melalui proses asas menikmati sushi. sila ulangi tips ini bagi setiap hidangan sushi yang anda nikmati.  Kini anda boleh mencuba hidangan sushi yang lain berasaskan ikan, Sotong, Telur Ikan, Jelly Fish serta Sashimi. 

P.S : Sashimi adalah hidangan ikan mentah yang dimakan segar, Pastikan anda cukup berani untuk menikmati hidangan ini kerana harganya agak mahal.


Sekarang jom korang tengok dulu antara menu sushi yang ada di sini.


<Kappa Maki>
[Sushi berinti timun dibaluti rumpai laut] RM2.80

- rasa tak pedas sangat.

- rasa timun, lemak manis.

- ada mayonais.

- kalau tak order pun takpe, rasa agak 'lousy'.












<Spicy Salmon Maki>
[Sushi salmon ditaburi wasabi berinti timun dibaluti rumpai laut] RM7.80

- rasa sama macam Kappa Maki, cuma ada tambahan salmon & wasabi.

- tak pedas sangat pun, nama je spicy.

- ada rasa sedikit berempah.









<Sushi Telur ikan>
[Sushi telur ikan yang dibaluti dengan rumpai laut]

Dari atas ke bawah(abaikan spicy salmon):


1. Ikura (telur ikan salmon)RM9.80

- rasa seperti memakan mini kapsul minyak ikan, cuma lebih sedap dan manis.


 2. Chuka Kurage (jellyfish) RM4.80

- rasa lemak masin
- ada sedikit wasabi di dalam.


3. Tobikko (telur ikan terbang) RM5.80

- rasa lemak manis
- macam makan biji selasih, cuma bijinya lebih kecil.


4. Black Caviar (smelt fish roe) RM3.80

- sama seperti Tobikko, cuma saiznya lebih kecil.





<California Maki>

[Sushi berinti telur dadar, timun & disaluti telur ikan] RM4.80

- rasanya lemak manis, mewah dengan rasa mayonais dan telur.

- saiznya agak besar untuk dimakan sepotong.

- lebih sesuai jika ditambahkan wasabi untuk mendapat rasa yang lebih menyengat!















<Sushi Salmon>
[Sushi salmon berserta toppings]

Dari kiri ke kanan:
1. Salmon Mentai RM6.80
- salmon yang di-grill secara half-cook.
- rasa padat, cukup masam masinnya.

2. Aburi Salmon Belly RM6.80
- sushi salmon yang penuh dengan rasa butter+telur.
- ada sedikit ikura di atas salmon.
-  sangat fresh, kombinasi menarik jika digabung bersama wasabi.

3. Smoke Salmon RM6.80
- sushi salmon rasa asap daripada kayu api.
- agak 'plain' jika tidak dicampur bersama wasabi.




<Salmon Cheese>
[Sushi salmon disaluti cheese & mayo] RM5.80

- rasa cheese & mayonais terlalu banyak & padat sehingga menghilangkan rasa segar salmon.

- cepat muak jika diambil berlebihan, mungkin hanya sesuai kepada peminat tegar keju sahaja.

- silap-silap, hadap sepinggan dua ni aje dah boleh terus kenyang.







Ok. sekarang kita ke menu yang paling 'WIN' sekali dalam banyak2 sushi yg kitorang try kt sini. Jeng jeng jeng....!



<ABURI SALMON BELLY>

[Sushi Perut Ikan Salmon disaluti telur, butter & telur ikan] RM4.80

Woot Woot !! Yeay ! Kami semua setuju bahawa inilah 'Sushi of the Month' dalam banyak-banyak sushi yang pernah kami rasa dalam sebulan dua ni. Rasanya tersangat mewah apabila sushi ini 'mencair' di dalam mulut anda. Kami sendiri repeat order sampai 3 kali. Fuhh, memang TERBAIK !!! 

Walaupun harganya biasa, tapi rasanya memang berbaloi jika datang ke Sushi Zanmai ni. Inilah sushi yang paling direkomenkan, kalau tak cuba rasa, tak taula betapa ruginya. Kalo tak percaya boleh try dulu...


Okaylah, setakat ini dulu review kali ni. Jika ada sebarang pujian atau komen yang membina tu bolehlah komen kt bawah nanti. Sebelum berpisah, jom korang lihat dahulu star ratings yang telah kami berikan kat bawah ni agar boleh dijadikan panduan awal sebelum korang semua berkunjung ke sini. Akhir kata, Selamat Mencuba !!!

=======================
SUSHI ZANMAI

Kualiti: (8/10)
Kebersihan: (8/10)
Keselesaan: (8/10)
Kecekapan Masa: (7/10)
Layanan Pelayan: (8/10)
Nilai Untuk Wang: (7/10)

MFR RATINGS: [3.5/5]

========================


[Reviewed by: beRge & Bun))n@na]

KENALI KAMI: MALAYSIA FOOD REVIEWS

Mengenai Kami 

Malaysia Food Reviews diasaskan oleh empat sahabat yang berkongsi minat yang mendalam didalam dunia gastronomi berkaitan kritikan dan penilaian makanan. 

Timbul rasa tanggungjawab mewujudkan kumpulan pengkritik Gastro profesional yang memberi penilaian bebas & telus tanpa sebarang prejudis dalam dunia Gastronomi di Malaysia.


Pengkritik Gastro MFR:




Dikenali sebagai beRge dikalangan rakan-rakan seangkatan, "R" adalah nama pertama beliau.

Sebelum mengasaskan MFR, Beliau aktif bergerak secara solo dan banyak membuat penyelidikan tunas rasa dalam dunia Gastronomi khususnya masakan Melayu, Western, Fusion, Cina, India serta Asia Tenggara. Mempunyai koleksi buku Tunas Rasa masakan yang dicuba bagi tujuan rujukan dan kajian peribadi.

Seorang yang tidak mengemari buah Durian serta amat cerewet dengan rasa dan bau.





Bro-koli itulah nickname beliau kerana makanan favorite beliau ialah sayur Broccoli. Beliau gemar melancong ke serata pelusuk negeri menyebabkan beliau begitu arif mencari kedai-kedai makanan popular di Malaysia. 

Berbekalkan pengalaman beliau mencuba segala jenis makanan di Malaysia...anda nantikan review makanan-makanan terbaik daripada beliau.










[Bun))n@na]


Beliau merupakan food lover sejak kecil, dan beliau telah merasa & menilai beribu-ribu jenis juadah secara serius melalui pelbagai menu. Antara menu kegemaran beliau adalah masakan goreng, panggang, rebus, kukus, grill, buah-buahan & ulaman, tak kira masakan ala Melayu, Utara, Pantai Timur, Arab, Western, Mamak mahupun Chinese.

Antara makanan 'rare' pula yang beliau sendiri pernah telan ialah seperti daging kerbau, rusa, arnab, belut, burung unta & otak lembu..!!? (#nasibtakjadizombi).


[Brado-lado]