Salam MFR,
Minggu lalu, team MFR berkesempatan merasai dan mengalami pengalaman hidangan masyarakat Jepun yang amat popular di kalangan penggemar Sang Salmon dan Si Rumpai Laut iaitu SUSHI. Tinjauan review kali ini adalah di Restoran Jepun Sushi Zanmai bertempat di The Gardens, Kuala Lumpur.
DOJO
Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam Dojo ini, suasana seperti berada di Jepun sedikit sebanyak terasa di benak hati, walaupun para penyambut tetamu adalah terdiri daripada pekerja tempatan dan rata-rata mereka menyambut para pelanggan dengan budaya dan tatasusila Sang Matahari terbit.
Dekorasi dan hiasan dalaman cukup mesra pelanggan dan amat menyenangkan disertai dengan laluan deretan keretapi Sushi pelbagai gerabak yang berwarna warni sedikit sebanyak membangkitkan deria rasa dan keinginan untuk mencuba hidangan para penggemar tegar Sakura.
didalam review kali ini, Team MFR sempat mencuba 11 jenis sushi.
Ini adalah gajet (Tools) yang diperlukan untuk berinteraksi dengan sushi itu nanti. Sebelah kiri tu WASABI, sape yang selesema atau tak tahan pedas tu janganlah ambil banyak2. Kalau X pandai guna chopstick, boleh mintak sudu kat waiter, tapi tak 'komeng' lah nak jd mcm org Jepun kan?
Lepastu kat situ ada 2 jenis sos, satu sos masin & sos manis, pandai2 la mix ikut taste sendiri okay..? Tisu basah tu harganya RM0.20 satu, lg murah drpd tisu biasa yang orang2 minta sedekah tu jual RM1.
 |
Harga ikut warna pinggan |
Ok. Gambar di atas adalah senarai harga sushi di 'conveyer-belt' mengikut warna pinggan. Contoh, jika saya mengambil sepinggan sushi 'Kappa Maki' yang pinggannya bewarna kuning cair, maka harganya adalah RM2.80. Selalunya kita akan menganggap lebih mahal harga sepinggan maka rasanya akan lebih sedap, tapi tak semuanya sebegitu.
Kalau tak percaya, nanti kami 'reveal' sushi yang paling 'win' sekali di sini dan jangan terkejut bila dah tau harganya nanti..hahaha.!
Sedikit tips untuk mereka yang baharu hendak berjinak-jinak dengan sushi ini, dinasihatkan agar mencuba sushi yang paling kurang menggunakan isi (toppings) segar seperti ikan Salmon, Udang, Sotong dan Jellyfish. Biasakan dahulu dengan sushi yang berintikan Timun, Telur dan Isi Ketam yang mana kandungan sushi tersebut adalah boleh dimakan secara terus tanpa masak.
Untuk mengelakkan dari anda terus menolak sushi yang anda makan, disarankan beberapa tips untuk memudahkan anda menikmati hidangan sushi ini secara berperingkat.
- Makan sushi yang berasaskan sayuran. elakkan makan bersama kicap dan wasabi. Biasakan tunas rasa anda dengan Tekstur, Bau dan Rasa sushi tersebut.
- Jika tunas rasa anda sudah mula menerima Tekstur, Bau dan Rasa sushi, cuba untuk mencuba makan dengan mencelupkan sedikit kicap soya atau manis di sekeliling sushi anda. Rasakan kemasinan dan kemanisan kicap bersama sushi yang anda makan, pastinya satu pengalaman yang berbeza dilalui oleh tunas rasa anda.
- Sekiranya anda melepasi tahap kedua, pastinya tunas rasa anda bersedia untuk merasai keunikan wasabi. Cuba letakkan sedikit wasabi diatas sushi anda. Rasakan ketajaman unik wasabi berserta kemasinan dan kemanisan kicap bersama sushi yang anda makan. Pastinya tunas rasa anda akan menikmati satu pengalaman yang berbeza.
- Tahniah, Anda berjaya melalui proses asas menikmati sushi. sila ulangi tips ini bagi setiap hidangan sushi yang anda nikmati. Kini anda boleh mencuba hidangan sushi yang lain berasaskan ikan, Sotong, Telur Ikan, Jelly Fish serta Sashimi.
P.S : Sashimi adalah hidangan ikan mentah yang dimakan segar, Pastikan anda cukup berani untuk menikmati hidangan ini kerana harganya agak mahal.
Sekarang jom korang tengok dulu antara menu sushi yang ada di sini.
[Sushi berinti timun dibaluti rumpai laut] RM2.80
- rasa tak pedas sangat.
- rasa timun, lemak manis.
- ada mayonais.
- kalau tak order pun takpe, rasa agak 'lousy'.
 |
<Spicy Salmon Maki>
|
[Sushi salmon ditaburi wasabi berinti timun dibaluti rumpai laut] RM7.80
- rasa sama macam Kappa Maki, cuma ada tambahan salmon & wasabi.
- tak pedas sangat pun, nama je spicy.
- ada rasa sedikit berempah.
 |
<Sushi Telur ikan> |
[Sushi telur ikan yang dibaluti dengan rumpai laut]
Dari atas ke bawah(abaikan spicy salmon):
1. Ikura (telur ikan salmon)RM9.80
- rasa seperti memakan mini kapsul minyak ikan, cuma lebih sedap dan manis.
2. Chuka Kurage (jellyfish) RM4.80
- rasa lemak masin
- ada sedikit wasabi di dalam.
3. Tobikko (telur ikan terbang) RM5.80
- rasa lemak manis
- macam makan biji selasih, cuma bijinya lebih kecil.
4. Black Caviar (smelt fish roe) RM3.80
- sama seperti Tobikko, cuma saiznya lebih kecil.
[Sushi berinti telur dadar, timun & disaluti telur ikan] RM4.80
- rasanya lemak manis, mewah dengan rasa mayonais dan telur.
- saiznya agak besar untuk dimakan sepotong.
- lebih sesuai jika ditambahkan wasabi untuk mendapat rasa yang lebih menyengat!
 |
<Sushi Salmon> |
[Sushi salmon berserta toppings]
Dari kiri ke kanan:
1. Salmon Mentai RM6.80
- salmon yang di-grill secara half-cook.
- rasa padat, cukup masam masinnya.
2. Aburi Salmon Belly RM6.80
- sushi salmon yang penuh dengan rasa butter+telur.
- ada sedikit ikura di atas salmon.
- sangat fresh, kombinasi menarik jika digabung bersama wasabi.
3. Smoke Salmon RM6.80
- sushi salmon rasa asap daripada kayu api.
- agak 'plain' jika tidak dicampur bersama wasabi.
 |
<Salmon Cheese> |
[Sushi salmon disaluti cheese & mayo] RM5.80
- rasa cheese & mayonais terlalu banyak & padat sehingga menghilangkan rasa segar salmon.
- cepat muak jika diambil berlebihan, mungkin hanya sesuai kepada peminat tegar keju sahaja.
- silap-silap, hadap sepinggan dua ni aje dah boleh terus kenyang.
Ok. sekarang kita ke menu yang paling 'WIN' sekali dalam banyak2 sushi yg kitorang try kt sini. Jeng jeng jeng....!
 |
<ABURI SALMON BELLY> |
[Sushi Perut Ikan Salmon disaluti telur, butter & telur ikan] RM4.80
Woot Woot !! Yeay ! Kami semua setuju bahawa inilah 'Sushi of the Month' dalam banyak-banyak sushi yang pernah kami rasa dalam sebulan dua ni. Rasanya tersangat mewah apabila sushi ini 'mencair' di dalam mulut anda. Kami sendiri repeat order sampai 3 kali. Fuhh, memang TERBAIK !!!
Walaupun harganya biasa, tapi rasanya memang berbaloi jika datang ke Sushi Zanmai ni. Inilah sushi yang paling direkomenkan, kalau tak cuba rasa, tak taula betapa ruginya. Kalo tak percaya boleh try dulu...
Okaylah, setakat ini dulu review kali ni. Jika ada sebarang pujian atau komen yang membina tu bolehlah komen kt bawah nanti. Sebelum berpisah, jom korang lihat dahulu star ratings yang telah kami berikan kat bawah ni agar boleh dijadikan panduan awal sebelum korang semua berkunjung ke sini. Akhir kata, Selamat Mencuba !!!
[Reviewed by: beRge & Bun))n@na]